IKAN SINGGANG



Hai you alls semua! Nak masak apa tengahari ni ya? Bila difikir fikirkan, sis rasa macam nak makan ikan singgang la! Siapa yang pernah makan ikan singgang tu, tahulah betapa sedapnya bila dimakan dengan nasi yang masih panas juga dikenakan dengan ulam2 serta dicicah dengan budu. Ya Allah, sedapnyaaaaa. Orang2 Terengganu mesti favourite lauk ni kan.. Tak makan ikan singgang, tak Terengganu lah! Hahahhaa. For those yang tak tahu, ikan singgang ni antara lauk yang sangat2 mudah untuk disediakan. Bak kata orang, pejam mata pun boleh siap. Jadi, tunggu apa lagi? Marilah baca resepi ni! Heheheh.


Image result for ikan singgang




Bahan-Bahan:

  • 5 potong ikan tongkol
  • 7 biji cili api - belah 2
  • 3 biji bawang putih - hiris nipis
  • 3 biji bawang merah - hiris nipis
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 3 keping asam keping
  • 2 batang serai - dititk
  • 2 inci halia - hiris nipis
  • 2 inci kunyit hidup - hiris nipis
  • 2 inci lengkuas - hiris nipis
  • air secukupnya
  • garam secukupnya


Cara penyediaan:

  1. Mula-mula panaskan air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukan semua bahan yang dihiris nipis bersama serai,dan biarkan sampai semua bahan agak layu.
  2. Kemudian masukan asa keping kacau perlahan dan biarkan hingga kuah kembali mendidih, selepas tu masukan ikan dan kacau perlahan.
  3. Tutup dan biarkan hingga ikan masak dan bila ikan sudah masak masukan cili api dan kacau perlahan agar ikan tidak hancur. 
  4. Perasakan dengan garam secukupnya dan bila sudah masak ikan singgang siap untuk dihidangkan.
Dah siap! Boleh dimakan dengan budu. Emm sedapnya! Selamat mencuba ladies! <3

Comments

Popular Posts