DAGING MASAK KURMA



Assalamulaikum kawan2 semua. Buat apa tu? Happy weekend guys! Rehatlah secukupnya hujung minggu ni. Luangkan masa bersama orang tersayang. Nanti dah kerja, confirm takde masa nak spend dengan family kan? Okay, baiklah. Harini sis nak share dengan kawan2 semua satu resepi yang mudah yang menggunakan daging iaitu daging masak kurma. Jangan risau, kalau nak tukar daging jadi ayam pun boleh juga. Takde masalah. So, check it out! 👇👇


Image result for daging masak kurma sedap




Bahan-bahan:

  • 500 gm daging (dihiris nipis)
  • 50 gm serbuk kurma
  • 2 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 cawan santan
  • 2 ulas bawang kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 ulas bawang besar (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit air
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
Cara memasak:


  1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan.
  2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
  3. Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
  5. Gaul rata sebelum dimasukkan santan, cili hijau dan perasakan dengan garam.
  6. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat.
  7. Sedia untuk dihidang
Itu sahaja. Mudah kan gais? See, senang je memasak ni sebenarnya hahahha. Jadi, selamat mencuba ya! Jumpa lagi bye2!

Comments

Popular Posts