LASAGNA DAGING/AYAM

Hai kawan2 semua. Feeling good today? Harap kawan2 semua ceria2 je hari ni okay? Baiklah, hari ni sis rasa sis nak share resepi untuk memasak makanan western pulak. Haaa, for those yang suka western boleh lah cuba resepi yang bakal sis kongsi ni. Harini, sis nak share cara2 nak buat lasagna daging! Sooo yummy! Tapi, sape2 yang tak makan daging, jangan risau. Inti daging itu boleh juga diganti dengan ayam. Ikut apa yang korang prefer lah. Jadi, apa tunggu lagi. Check it out! 😉😉


Image result for lasagna daging



Bahan inti lasagna:
  •  1 pack lasagna instant
  • 1 pack daging kisar ramlee
  • 3 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1/2 batang carrot (dipotong dadu)
  • 1 tin cendawan (dihiris)
  • 1 tin sos spaghetti Kimball
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam


Bahan sos putih:
  • 1 pack cheddar cheese
  • 2 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 cawan susu segar full cream
  • 1/2 sudu garam


Bahan layer lasagna:
  • Mozarella cheese
  • Parmesan cheese


Cara masak inti lasagna:
  1. Rebus lasagna instant sehingga lentur (tidak masak sangat), tos dan susun diatas dulang.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar dan masak hingga air daging kering.
  4. Masukkan sos spaghetti dan biarkan sebentar.
  5. Masukkan cendawan, carrot, dan serbuk oregano.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Angkat dan ketepikan.


Cara masak sos putih:
  1. Panaskan mentega hingga mencair.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau dan masak hingga kekuningan.
  3. Masukkan susu segar full cream dan gaul hingga rata.
  4. Masukkan cheddar cheese dan gaul hingga cair dan sebati.
  5. Masukkan sedikit garam dan masak hingga sos likat


Cara buat lasagna:
  1. Sapu loyang dengan mentega.
  2. Letakkan lasagna instant yang telah direbus tadi dilapisan bawah.
  3. Letakkan inti daging diatasnya menutupi kepingan lasagna.
  4. Layerkan inti daging dengan sos putih yang telah dibuat.
  5. Taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese.
  6. Ulangi langkah semula hingga loyang penuh.
  7. Masukkan lasagna dalam oven dengan suhu 160 C selama 40 minit

Jadi kawan2 semua, selamat mencuba lah ya. Lebih baik kita sediakan sendiri daripada beli kat kedai yang mahal, dan sikit. Hehehehe. Okaylah, hingga jumpa lagi! :))


Comments

Popular Posts