AYAM MASAK MERAH
Hello semua!
Tengah2 fikir nak makan apa tengah hari nanti, tiba2 sis teringin nak makan ayam masak merah. Sedap kan? Heehhehe. So, harini sis rasa nak share dengan kawan2 semua cara nak buat ayam masak merah yang senang, dan semestinya lah sedap! I believe, orang orang Malaysia memang suka lauk ni kan? Lauk ni boleh dikatakan lauk yang sangat common tapi sangat sedap. Macam pelik kalau sape2 yang tak makan ayam masak merah tu hehehe. Family sis memang gemar makan ayam masak merah ni. Ia sangat senang untuk disedikan. Campak campak campak, dah siap. Hehehehe. Baiklah, tak perlu cakap banyak. marri kita mulakan. :))
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 3 biji tomato (dibelah 4)
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 sudu besar sos cili
- 250 ml air
- 60 ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak
Bahan kisar halus:
- 15-20 tangkai cili kering (direbus sebentar)
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 4 biji bawang besar
- 2 cm halia
Bahan hiris:
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji bawang besar / bawang holland
- 2 cm halia (hiris 3 keping)
Cara-caranya:
- Lumuri ayam dengan garam dan kunyit, goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang putih, bawang besar, dan halia yang telah dihiris hingga layu.
- Masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dikisar dan gaul hingga rata.
- Selepas itu, masukkan cili kering yang telah dikisar dan sos cili, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi, kacau rata dan biarkan seketika.
- Masukkan air sesuai banyak mana kuah yang disukai.
- Masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
- Letakkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa hingga pecah minyak.
So, macam mana? Senang je kan? Sangat mudah untuk dicuba oleh siapa2 sahaja. Jadi, apa tunggu lagi? Jangan segan2 untuk try resepi yang sis kongsikan ni. Selamat mencuba! xoxo
Comments
Post a Comment