KEK COKLAT KUKUS
Haii dan selamat tengahari kawan2 semua. 👋👋
Siapa kat sini suka makan kek coklat? Angkat lah tangannnn. Hehehe. Sebab, harini sis rasa nak share dengan kawan2 semua cara2 membuat kek coklat yang mudah dan sedap. Resepi ni ibu sis yang ajar tau. Hahahaha. Kepada sesiapa yang tak ada oven di rumah, jangan risau sebab kek coklat ni tak guna oven pun. Kita kukus sahaja. Jadi, for those yang suka makan kek coklat tu, selamat mencuba ya! 😁😁

Bahan-Bahan (Menggunakan sukatan cawan ):
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 biji telur
- 1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan:
- Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.
- Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
- Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul telur hingga kembang.
- Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
- Sapukan marjerin pada loyang. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
- Kukus kek selama 1 jam.
- Dah siap! Senang je kan? 😁😁😁👍👍
Jadiii, selamat mencuba guys! Semestinya sedap dan
menyelerakan. 😋😋
Comments
Post a Comment