IKAN MASAK TIGA RASA

Hey guysss. Sorry sebab dah lama tak upload. Sis busy sikit sekarang. Hahaha. Okay, harini sis bercadang nak share ngan korang satu lagi resepi iaitu resepi membuat ikan masak tiga rasa. Check it out!


BAHAN UNTUK IKAN
-seekor ikan siakap (yang dah dibersihkan)
-minyak masak(untuk goreng ikan)
-sedikit tepung jagung(untuk lumur pada ikan siakap)
-cukup rasa dan garam secukunya(untuk lumur ada ikan)


BAHAN UNTUK KUAH
-2 biji bawang merah - dipotong dadu
-6 biji bawang putih - dicincang halus
-5 biji cili padi - dipotong kecil
-1 inci halia - dihiris halus
-1 biji tomato - dipotong dadu
-sedikit nenas- diotong dadu
-4 sudu besar sos tomato
-4 sudu besar sos cili thai
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar sos ikan
-2 batang serai -diketuk
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
-Ajinomoto secukup rasa
-Gula secukup rasa
-sedikit cukup rasa maggi
-Minyak untuk menumis


 CARA MEMBUATNYA

1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.  Lumurkan ikan dengan serbuk cukup rasa dan sedikit garam. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, . Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas..
7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto dan cukup rasa.
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.

Comments

Popular Posts